Pada 28 Disember 2024, Persatuan Jurutera Marin Malaysia (PJMM) telah menganjurkan Majlis Mesyuarat Agong dan Makan Malam yang bertempat di Kota Permai Golf & Country Club. Acara ini telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang, dihadiri oleh ahli-ahli persatuan serta tetamu jemputan dari pelbagai organisasi maritim di Malaysia.
Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengerusi Tetap, Tc. Rizuan Aswad, diikuti oleh ucapan mantan Presiden, Ts. Shukri Hj. Yusoff II. Seterusnya, amanat daripada Presiden Baharu, Ts. Shahrol Farid, disampaikan bagi mewakili barisan kepimpinan baharu. Timbalan Presiden Baharu, Pjmm Mmea CE Sivaneswaran Sanmugum, turut mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat.
PJMM merakamkan jutaan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah memberikan sokongan penuh dan turut hadir untuk memeriahkan majlis ini. Tidak dilupakan juga, penghargaan khas kepada tetamu-tetamu VIP yang hadir mewakili pelbagai organisasi berprestij:
-
Wakil Board of Engineers Malaysia (BEM)
-
Wakil MOS Seafarer
-
Wakil Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia
-
Wakil National Union of Seafarers Peninsular Malaysia (NUSPM)
-
Wakil Association of Marine Industries of Malaysia (AMIM)
-
Wakil PUO Marine Alumni
-
Wakil Jabatan Kejuruteraan Perkapalan PUO
-
Wakil Seafarer Management Centre (SMC)
-
Wakil Institut Kemahiran MARA Beseri
Acara ini telah menjadi platform yang berkesan untuk mengukuhkan hubungan antara ahli-ahli PJMM, pemain industri, dan institusi berkaitan. Ia juga mencerminkan komitmen persatuan dalam memajukan sektor kejuruteraan marin di Malaysia.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini. Bersama-sama, kita akan terus memperkukuhkan industri kejuruteraan marin demi masa depan yang lebih cemerlang!

