DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

Jangka masa program : 36 Bulan
P
rogram ini direkabentuk bagi melahirkan sumber manusia berpengetahuan dan cekap dalam teknologi automotif yang berkebolehan dalam kemahiran teknikal bagi menyokong jurutera dan profesional lain yang terlibat dalam pembangunan, pembuatan dan ujian operasi, pemeriksaan dan penyelenggaraan sistem automotif. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan yang berkaitan, kemahiran praktikal dan teknikal dalam mendiagnosis, membaiki dan menganalisis sistem teknologi automotif. Kualiti kepimpinan yang cekap dan profesionalisme turut ditekankan. Pelajar digalakkan mempunyai sikap untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat seiring perubahan teknologi automotif terkini. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

PROSPEK KERJAYA

Penolong jurutera, penasihat servis kenderaan, juruteknik dalam sektor awam dan swasta, usahawan teknikal

SYARAT KELAYAKAN

Lulus SPM dengan dua  (2) Kepujian dalam mata pelajaran berikut:  

  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik / Kumpulan Sains /Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV),
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain. ATAU

Lulus Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif atau Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Komersial) atau Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Jentera Berat) atau Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Elektronik) dari IKM atau

Lulus SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setara.

KANDUNGAN SILIBUS

Tahun 1: 
Engine Technology 1, Workshop Fundamentals, Engineering Drawing, Mathematics, Engineering Mathematics 1, English for Communication 1, Penghayatan Islam, Moral dan Nilai Murni, Co-curriculum 1, Engine Technology 2, Vehicle Technology 1, Electrical and Electronic, Fundamental, Engineering Science, Pengajian Malaysia, Co-curriculum 2

Tahun 2: 
Automotive Electrical Technology, Vehicle Technology 2, Engineering Materials, Automotive Air Conditioning Technology, Engineering Materials, Communicative English 2, Engine Technology 3, Electronic Control System, Computer Aided Design Project Proposal, Pneumatic and Hydraulic, Digital Entrepreneurship

Tahun 3: 
Vehicle Technology 3, Final Year Project, Hybrid and Electric Vehicle, Final Year Project, Supervisory Skills, Latihan Industri

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search