Previous Next

Kursus Keusahawanan & Kewangan Perkasa Usahawan Bimbingan LKIM Perlis

Perlis, 21 Ogos 2024 – Kursus Keusahawanan dan Kewangan yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan IKM Beseri Perlis dengan kerjasama LKIM Negeri Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 20 hingga 21 Ogos 2024.
 
Kursus ini direka khusus untuk usahawan bimbingan LKIM Negeri Perlis, bertujuan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang keusahawanan dan pengurusan kewangan.
 
Kursus ini disampaikan tiga penceramah yang juga merupakan pensyarah keusahawaan IKM Beseri, Perlis iaitu Puan Asmidar Binti Johari, Puan Sharuniza Azuin Binti Abdul Rani, dan Dr Normala Binti Mohamad. Mereka berkongsi ilmu dan pengalaman yang amat berharga, memberikan panduan teori dan praktikal merangkumi tajuk seperti Pengenalan Canva, Asas Facebook dan Bijak Kewangan Bisnes Meletop kepada para peserta bagi mengembangkan perniagaan mereka.
Majlis penutup dan penyampaian sijil telah diadakan pada 21 Ogos 2024, dengan kehadiran tetamu kehormat Puan Norlaili Binti Baharudin @ Hamdan, Pengarah LKIM Negeri Perlis dan Tuan Haji Kamarul Zaman bin Mohamad, Pengarah IKM Beseri, Perlis. Kehadiran mereka memeriahkan lagi majlis dan menunjukkan sokongan penuh kepada usahawan tempatan yang terlibat.
 
Kursus ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan diharapkan dapat menjadi batu loncatan kepada usahawan-usahawan ini untuk terus maju dalam bidang perniagaan.

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search