
PROGRAMME LEARNING OUTCOMES – PLO
Pada akhir program (Sijil Teknologi Kejuruteraan), graduan seharusnya berupaya:
PLO 1 : Pengetahuan.
Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan kepada prosedur dan amalan rutin dalam bidang Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim.
PLO 2 – Kemahiran Praktikal.
Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan kejuruteraan yang sesuai kepada aktiviti Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Mekatronik, Automotif dan Maritim yang ditakrif dengan jelas.
PLO 3 : Kemahiran Dan Tanggungjawab Sosial.
Menunjukkan kesedaran terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan.
PLO 4 : Nilai, Sikap Dan Profesionalisma.
Menunjukkan pemahaman tentang etika dan tanggungjawab amalan kejuruteraan.
PLO 5 : Kemahiran Komunikasi.
Berkomunikasi secara bertulis dan lisan.
PLO 6 : Kemahiran Kepimpinan Dan Berpasukan.
Menunjukkan kualiti kepimpinan serta mampu bekerja samada secara individu dan/atau berkumpulan.
PLO 7 : Kemahiran Penyelesaian Masalah Dan Saintifik.
Mengenalpasti dan menyelesai masalah Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Mekatronik, Automotif dan Maritim dan berkaitan.
PLO 8 : Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Mengiktiraf keperluan dan mampu melibatkan diri dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.
PLO 9 : Kemahiran Mengurus Dan Keusahawanan.
Memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.
