Pada 30 Disember 2021 , Misi Penyerahan Bantuan Banjir 2021 IKM Beseri telah diketuai oleh Tuan Pengarah dan team misi seramai 6 orang.
Puan Norhayati PPTK, Ust Fairus Ismail selaku pengerusi JK Tabung Kebajikan Pelajar, En Zamjali, Puan Rohezat dan juga En Fikri.
Alhamdulillah kutipan terkumpul RM 1680 di agihkan kepada 6 orang pelajar IKM Beseri yang terkesan. 5 orang di Selangor. Seorang di Gua Musang.
Turut diedarkan barang kering kepada semua keluarga mereka yang terlibat.
JK Tabung Kebajikan Pelajar mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang budiman warga IKM Beseri atas bantuan wang ringgit yang diberikan.
Terima kasih semua.
