DIPLOMA TEKNOLOGI MARIN

Jangka masa program : 3 Tahun
P
rogram ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin jentera marin. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, elektrik & elektronik serta sistem penyejuk bekuan dan penyaman udara selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

PROSPEK KERJAYA

Mekanik industri kejuruteraan marin, Mekanik enjin diesel, dandang dan turbin, Juruteknik Yacht/Dockyard, Jurugegas, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan

SYARAT KELAYAKAN

A. Lulus SPM dengan dua (2) Kepujian dala mata pelajaran berikut :

  1. Mana-mana satu (1) mata pelajaran Matematik / Kumpulan Sains / Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) / Kumpulan Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  2. Mana-mana satu (1) mata pelajaran lain DAN LULUS Bahasa Inggeris Dan Matematik DAN Tidak Rabun Warna

B.SYARAT KEMASUKAN LAIN

LULUSAN INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) / INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN AWAM (ILP/IKBN/POLITEKNIK/KOLEJ VOKASIONAL /KOLEJ KOMUNITI (ILKA) /SWASTA (ILKS).

LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi, dalam bidang berkaitan, dengan CGPA ≥ 2.00

DAN Tidak Rabun Warna

A. LULUSAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)
LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 dalam bidang berkaitan, yang diiktiraf atau setara.
DAN Tidak Rabun Warna

 

KANDUNGAN SILIBUS

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search