Previous Next

Program Keusahawanan Digital IKM Beseri 2024 Berjaya Tarik Minat Pelajar

 
Pada 25 September 2024, Program Keusahawanan Digital IKM Beseri telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran MARA. Program sehari ini bertujuan untuk memperkenalkan dunia keusahawanan digital kepada pelajar IKM Beseri dan melatih mereka dalam menghasilkan kandungan kreatif untuk pemasaran produk di platform media sosial seperti TikTok, Instagram, dan Facebook.
 
Antara aktiviti utama ialah bengkel Asas Pemasaran TIK TOK yang memberi pendedahan praktikal kepada peserta tentang cara menggunakan TIK TOK sebagai kaedah pemasaran yang berkesan. Selain itu, sesi Strategi Media Sosial memberikan panduan bagaimana memanfaatkan platform digital untuk memperluas capaian pasaran.
Program turut diserikan dengan forum bersama usahawan berjaya dari industri teknologi, yang berkongsi pengalaman dan tips berguna kepada peserta yang ingin memulakan perniagaan digital mereka.
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Kami berharap lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang kreatif dan inovatif!

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search