Previous Next

Makmal MARA Technical Advisory Committee (MTAC)

DETIK BERSEJARAH IKM BESERI
Pada 20 September 2021 - 24 September 2021 telah berlangsung Makmal MARA Technical Advisory Committee (MTAC) bagi membangunkan spesifikasi komprehensif dual-certificate bagi Program Diploma Teknologi Marin (Officer In Charge of Engineering Watch 750kW or More Near Coastal Voyage) serta Dokumentasi Penubuhan Institusi Latihan Maritim di bawah Jabatan Laut Malaysia dengan di bimbing oleh dua ahli panel iaitu Profesor Madya.Ts Dr Md Redzuan Bin Zoolfakar (UniKL MIMET) dan Puan Anis Waheeda Zulaikha Binti Nasarudin ( Penolong Pengarah Jabatan Laut Malaysia ).
Pada Majlis Penutup Makmal MARA Technical Advisory Committee (MTAC) pada 24 hb September 2021 Pihak MARA yang diwakili Ir.Mahzan Bin Teh (Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA) telah menyerahkan Dokumen Penubuhan Institusi Latihan Maritim kepada Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman (Pengarah Bahagian Pembangunan Perkapalan Pelaut (BPPP) Jabatan laut Malaysia) sebagai tanda permulaan kerjasama strategik di antara pihak MARA melalui Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA dengan Jabatan Laut Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan buat Ir. Mahzan Bin Teh ( Pengarah Bahagian Perancangan Strategik MARA ), Kapten Abdul Samad Bin Shaik Osman ( Pengarah Bahagian Pembangunan Perkapalan dan Pelaut Jabatan Laut Malaysia ), Puan Anis Waheeda Zulaikha Binti Nasarudin ( Penolong Pengarah Jabatan Laut Malaysia ) dan Prof. Madya Ts. Dr. Md Redzuan Bin Zoolfakar ( UniKL MIMET ), Ir. Nuriman Bin Yusop ( Pengarah Kemahiran dan Teknikal BKT MARA ), Ir.Ts Haji Rahim Bin Selamat(Timbalan Pengarah I Cawangan Pengajian BKT MARA), Puan Yusnita Azira Binti Abdul Rahim ( Timbalan Pengarah II Cawangan Pengajian BKT MARA ), En Ezham Haznal Bin Zahariman ( Penolong Pengarah Bahagian Cawangan Pengajian BKT MARA ) di atas kerjasama dan sokongan kepada IKM Beseri dalam mencipta detik bersejarah ini.
Tahniah diucapkan kepada pihak IKM Beseri yang diketuai oleh En Mohammad Khairuddin Bin Mohd Asri ( Pengarah IKM Beseri ) , pihak pengurusan IKM Beseri serta Warga IKM Beseri terutamanya Team Program Marin IKM Beseri telah berjaya menjadi Institusi Pendidikan yang pertama di dalam sistem Pendidikan TVET MARA sebagai Institut Latihan Maritim di bawah Jabatan Laut Malaysia.

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search