15 Mei 2025 | Industry Engagement
Pada 15 Mei 2025, IKM Beseri telah mengadakan lawatan industri ke Orkim Shipmanagement Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik antara institusi pendidikan dan industri maritim negara.
Lawatan ini bertujuan membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang berikut:
1. Program Latihan Industri Pelajar – Peluang penempatan pelajar IKM dalam persekitaran sebenar industri maritim.
2. Program Pembangunan Pelajar – Aktiviti bersama untuk memantapkan kemahiran teknikal dan insaniah pelajar.
3. Perkongsian Kepakaran dan Ilmu – Melibatkan tenaga profesional Orkim dalam sesi perkongsian ilmu bersama pelajar.
4. Penghasilan Tenaga Kerja Kritikal – Menyokong pembangunan tenaga kerja dalam bidang seperti ETR (Engine Room Rating), ETO (Electro Technical Officer) dan Tukang Masak bagi keperluan industri kapal.
IKM Beseri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sambutan mesra dan komitmen yang ditunjukkan oleh pihak Orkim, khususnya:
1. Puan Azni binti Abdul Latiff – General Manager, Head of Sea & Shore Based
2. Encik Hanif bin Majid – Head of Fleet Personnel
3. Nurul Hanany A. Rahman – Recruitment & Training
4. Mohd Aiman Shahabudin – Crew Coordinator
5. Mohd Zakri Norizan – Crew Coordinator
6. Saari Che Salim – Crew Coordinator
Semoga jalinan ini membuka lebih banyak peluang kerjasama bermakna pada masa akan datang demi manfaat pelajar dan pembangunan industri maritim negara.



