Pada 7 Mei 2025, satu sesi libat urus telah diadakan bersama Politeknik Ungku Omar (PUO) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam memperkukuh bidang Kejuruteraan Marin. Perbincangan ini membuka ruang kolaborasi strategik antara institusi ke arah pembangunan kapasiti akademik dan peningkatan kompetensi tenaga pengajar serta pelajar.
Antara titik kerjasama utama yang dikenal pasti ialah:
1. Penubuhan Teaching Collaboration Hub
Sebuah platform kolaboratif akan dibangunkan bagi memperkukuh pengajaran dalam bidang kejuruteraan marin. Hub ini dijangka menjadi pusat rujukan bersama dalam pembangunan bahan pengajaran, latihan industri, dan inovasi pengajaran.
2. Upskilling Staf – Fokus kepada familiarisasi soalan lisan untuk pensyarah dan tenaga pengajar berkaitan dengan keperluan pensijilan Officer in Charge of an Engineering Watch (750kW ke atas) bagi pelayaran dagang pantai. Ini penting dalam memastikan latihan yang diberikan selari dengan kehendak industri dan badan pengiktirafan.
3. Perkongsian Pengetahuan dan Amalan Terbaik
Kedua-dua institusi bersetuju untuk meneruskan perkongsian dari segi pendekatan pengajaran, bahan bantu mengajar, dan pengalaman praktikal bagi memperkukuh hasil pembelajaran pelajar dalam bidang kejuruteraan marin.
Kolaborasi ini diharap dapat menjadi langkah ke hadapan dalam memartabatkan pendidikan TVET maritim negara serta melahirkan graduan yang kompeten dan bersedia menghadapi cabaran industri.



