Pada 22 Mei 2025 (Khamis), Institut Kemahiran MARA (IKM) Beseri berbesar hati menerima kunjungan daripada seramai 60 orang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama 2 orang pensyarah pengiring dalam satu Lawatan Sambil Belajar yang dianjurkan oleh Kelab Naval UMT.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan secara langsung kepada para pelajar UMT mengenai kemahiran teknikal dan kepakaran yang ditawarkan di IKM Beseri serta berkongsi pengalaman antara institusi.
Terima kasih kepada UMT atas inisiatif murni ini. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua pihak dan mengeratkan lagi hubungan antara institusi pengajian tinggi dan TVET.





+11
See insights
Boost a post
All reactions:
3434