Tarikh: 6 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 3.00 Petang
Pasukan dari IKM Beseri telah mengadakan lawatan engagement ke syarikat Imar Maju Sdn Bhd, sebuah syarikat terkemuka dalam bidang Kejuruteraan Marin dan usahawan MARA di bawah program Pro Marine, hasil kerjasama MARA dan UniKL MIMET.
Delegasi IKM Beseri disambut oleh CEO Imar Maju Sdn Bhd, Dato' Ireland Mohar Abdul Rahman, bersama pengurusan kanan syarikat.
Lawatan ini bertujuan untuk:
Menjalin kerjasama strategik dalam bidang Kejuruteraan Marin
Meneroka peluang latihan industri dan penempatan pelajar
Perkongsian kepakaran dan teknologi semasa industri
Menyokong usaha pemerkasaan bidang TVET berasaskan industri sebenar
Pihak Imar Maju menyambut baik cadangan kolaborasi dan menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan IKM Beseri dalam membangunkan tenaga kerja mahir dalam sektor marin.
