TVET Marin IKM Beseri – Jalin Kerjasama Strategik Bersama UniKL MIMET

 
Tarikh: 6 Mei 2025 (Selasa)
Lokasi: UniKL MIMET, Lumut
Dalam usaha memperkukuh program TVET Marin IKM Beseri, satu sesi engagement telah diadakan bersama UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) yang diketuai oleh Dekan, Ts. Dr Zaimi Zainal Mukhtar bersama barisan pengurusan.
Sesi ini memberi fokus kepada tiga teras utama:
Pembangunan Staf
Peluang pensijilan sebagai Electro Technical Officer (ETO)
Laluan pengajian Flexible Learning (peringkat Diploma & Ijazah)
Pembangunan Pakar TVET Marin MARA
Cadangan bengkel peringkat nasional bagi menetapkan sasaran pembangunan kepakaran dalam tempoh 3 tahun
Pembangunan Pelajar
Kerjasama dengan industri maritim antarabangsa melalui seminar & program pelajar berimpak tinggi
Kolaborasi ini dijangka akan memperkukuh kedudukan IKM Beseri sebagai antara peneraju dalam pendidikan TVET Kejuruteraan Marin di peringkat nasional.
 
          
 
 
  
 
 
 
 
 

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search