Previous Next

Program Pemerkasaan Jati Diri Pelajar KKTM/MJII/IKM

Kursus Kenegaraan Malaysia Madani: TVETMARA
📅 28–30 April 2025
📍 Pusat Latihan Kenegaraan Kulim
Anjuran bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Bahagian Kemahiran Teknikal (BKT) MARA
Program ini telah menghimpunkan pelajar-pelajar dari institusi TVET MARA Zon Utara 1 iaitu IKM Beseri, IKM Alor Setar, IKM Sungai Petani dan IKM Sik bagi memperkukuh jati diri, semangat cintakan negara serta nilai kepimpinan melalui pendekatan latihan berteraskan pembinaan sahsiah, disiplin dan patriotisme.
Antara tujuan utama program:
✅ Meningkatkan keyakinan diri dan semangat berpasukan
✅ Menyemai nilai kepimpinan, integriti dan tanggungjawab
✅ Kesedaran terhadap peranan sebagai warga Malaysia diperkukuh
✅ Meningkatkan semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda
Majlis perasmian penutup program disempurnakan oleh Encik Mohamad Faizal bin Mohamad Zin selaku Timbalan Pengarah KPHP, IKM Beseri, Perlis.
Terima kasih kepada Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan BKT MARA atas kerjasama strategik ini. Diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi platform untuk melahirkan generasi pelapis negara yang berwibawa, berjati diri tinggi dan bersedia menyumbang kepada pembangunan negara.

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search