IKM Beseri hari ini menerima lawatan penanda aras daripada Giat MARA Hulu Terengganu.
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian maklumat dan pengalaman dalam pengurusan sistem latihan kemahiran, khususnya dalam aspek pelaksanaan sistem TVET di institusi masing-masing.
Pihak IKM Beseri amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama antara kedua-dua institusi akan terus diperkukuhkan demi pembangunan pendidikan kemahiran negara.
Terima kasih Giat MARA Hulu Terengganu atas lawatan yang bermakna ini.
