ย 
Previous Next

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ฃ๐—œ๐—ฆ๐—ฃ๐—” ๐—œ๐—ž๐—  ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฌ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Pada 14 hingga 16 Februari 2025, seramai 112 peserta dari IKM Beseri telah menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam PISPA yang berlangsung di Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPPA), Kangar. Kursus ini bertujuan membentuk disiplin, semangat kerjasama, serta meningkatkan kemahiran asas dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam.ย Sepanjang kursus, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar dan bermanfaat, termasuk:
ย 
โœ… Asas Kawad Kaki
โœ… Ikatan dan Simpulan
โœ… Menyelamat Kecemasan
โœ… CPR & Tercekik
โœ… Pertolongan Cemas dan Balutan
โœ… Kawad Usungan
โœ… Asas Melawan Kebakaran (Amali)
โœ… Pengenalan Pertahanan Awam
โœ… Ujian dan Penutupan Kursus
ย 
Kursus ini dikendalikan oleh 8 orang jurulatih dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis (APM) serta dipantau oleh 3 orang staf pengiring, iaitu Encik Mohamad Nizam bin Md Razi, Encik Muhammad Firdaus bin Aziz, dan Encik Muhammad Nur Hadi bin Basri.ย Semoga pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta dalam kehidupan seharian serta menjadi nilai tambah dalam pembentukan sahsiah dan kepimpinan mereka.
ย 

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search