Previous Next

Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1

IKM Beseri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganjurkan Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1 yang berlangsung selama 
tiga hari dari 7 Februari 2025 hingga 9 Februari 2025 di IKM Beseri, Perlis. Kursus ini disertai oleh 68 orang pelajar semester 1 serta 10 anggota APM
yang bertindak sebagai jurulatih dan fasilitator.


Objektif Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada para peserta mengenai kemahiran dan teknik penting dalam pertahanan awam, termasuk kawad asas,
pengurusan kecemasan, bantuan penafasan serta asas menyelamat.


Aktiviti Kursus

Sepanjang kursus ini, para peserta telah didedahkan kepada pelbagai modul latihan yang meliputi:

Asas Kawad Kaki – Disiplin asas bagi membentuk kerjasama dan kepimpinan.
Pengurusan Bengkel – Latihan dalam mengurus peralatan dan logistik pertahanan awam.
Menyelamat Kecemasan – Teknik asas menyelamat dalam situasi kecemasan.
Asas Melawan Kebakaran – Pendedahan kepada teknik pemadaman kebakaran menggunakan alat pemadam api dan kaedah kawalan kebakaran asas.
Kawad Usungan – Latihan membawa mangsa menggunakan teknik yang betul.
CPR & Teknik Tersedak – Latihan menyelamat nyawa dengan bantuan pernafasan dan teknik menyelamat individu yang tercekik.
Ikatan dan Simpulan – Kemahiran asas dalam mengikat dan membuat simpulan bagi tujuan menyelamat.
Pertolongan Cemas dan Balutan – Teknik asas memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa kemalangan atau kecederaan.
Ujian Penilaian – Menguji kefahaman dan kemahiran peserta sepanjang kursus.

Dengan selesainya kursus ini, para peserta kini lebih bersedia untuk menghadapi situasi kecemasan dan memahami kepentingan pertahanan awam dalam kehidupan seharian.
Selain itu, kursus ini juga memenuhi keperluan kokurikulum wajib bagi pelajar semester 1, yang merupakan sebahagian daripada syarat akademik institusi.


🎯 Institut kami komited dalam melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin dan bersedia menghadapi cabaran!

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search