Tahniah & Selamat Maju Jaya! 
Seluruh warga IKM Beseri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Muhammad Syamim Harith bin Mohd Sabri, alumni IKM Beseri, atas kejayaan mendapat tawaran mengikuti Latihan Industri di Jepun di bawah program anjuran MARA-OISCA International!
Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan, dan kami yakin Syamim akan terus cemerlang dalam bidang Freezing and Air Conditioning Apparatus Installing sepanjang latihan selama 3 tahun di Seimei Engineering Co., Ltd, Jepun.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi batu loncatan untuk kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan. Kami doakan segala urusan dipermudahkan dan semoga Syamim terus membawa nama IKM Beseri dan Malaysia ke peringkat antarabangsa!
