🏆 TAHNIAH IKM BESERI! 🏆
Pasukan IKM Beseri telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan STEKMA XI 2025 yang berlangsung pada 15 – 18 September 2025! 🎉🔥
Kejayaan gemilang ini adalah hasil daripada usaha keras, disiplin, semangat juang yang tinggi dan sokongan padu seluruh warga IKM Beseri – daripada atlet, jurulatih, pegawai pengiring sehinggalah penyokong yang sentiasa berada di belakang pasukan.
Tahniah diucapkan kepada En. Roslan bin Ibrahim yang berjaya merangkul Pingat Emas dalam acara TVET RUN (Kategori Master Lelaki) serta En. Mohd Fikri bin Md Noh yang turut menyumbang Pingat Gangsa dalam TVET RUN (Kategori Senior Lelaki).
Syabas juga kepada pasukan Bola Tampar dan Ping Pong yang menghadiahkan Pingat Perak, serta pasukan Tarik Tali yang menyumbangkan Pingat Gangsa. Setiap titik peluh anda menjadi bukti semangat berpasukan yang luar biasa dan menyumbang kepada kejayaan besar ini.
Terima kasih kerana mengharumkan nama IKM Beseri di pentas STEKMA XI. Teruskan momentum ini dan jadikan ia inspirasi untuk kejayaan-kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang! 🚀💛
#IKMBeseri #STEKMAXI2025 #JuaraKeseluruhan #Teamwork #BanggaJadiIKMBeseri #SemangatJuara
