LAWATAN KERJA KE INDUSTRI – GGR MOTOR M SDN BHD

Khamis 27 Mei, Pengarah IKM Beseri, Pn. Nazahiyah Binti Mat Isa bersama Ketua Jabatan Automotif IKM Beseri En Mohd Azlan bin Azmi telah mengadakan lawatan kerja ke GGR Motor M Sdn Bhd di Kuala Lumpur.
Lawatan ini memberi ruang untuk sesi perbincangan bersama CEO GGR, En. Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi, Alumni IKM Beseri yang kini menerajui GGR Motor dalam industri automotif tanah air.
Perbincangan tertumpu kepada hala tuju industri motosikal elektrik (EV) serta potensi kerjasama strategik antara GGR Motor dan IKM Beseri dalam aspek latihan, pemantapan kurikulum dan penempatan pelajar dan pembangunan perniagaan automotif.
IKM Beseri komited menjalin sinergi bersama pihak industri bagi memastikan graduan yang dilahirkan bukan sahaja berkemahiran tinggi, malah bersedia menyahut cabaran dalam era mobiliti baharu yang lebih lestari.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
+6
 
 
See insights
 
Boost a post
 
All reactions:
4848
 

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy infoikmbeseri@mara.gov.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search