Pada 9 November 2022,sebuah program bersama alumni Institut Kemahiran MARA Beseri telah dilaksanakan menerusi lawatan industri anjuran program Diploma Automotif dan Unit Keusahawanan ke Perniagaan Mazlan & Hashimah yang terletak di Alor Setar,Kedah. Terima kasih kerana tuan rumah berbesar hati menerima kunjungan daripada pelajar IKM Beseri serta beberapa guru pengiring. Diharapkan ianya dapat memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar yang terlibat untuk bergelar usahawan dalam bidang masing-masing kelak.
