IKM Beseri dengan unit Pendidikan Islam telah mengadakan 1 Kuliah Magrib Dan 1 Kuliah Dhuha kepada sataf-staf dan pelajar IKM Beseri Pada 15 OGOS 2019, Adalah sangat istimewa dengan kehadiran seorang tokoh mualaf terkemuka iaitu Bro Shah Kirit. Beliau menyampaikan sebuah ceramah yang sangat ilmiah dengan bertajuk 'I Am Muslim' kepada siswa-siswa IKM Beseri.
Pada 16 OGOS 2019 IKM Beseri sekali lagi menerima kedatangan tokoh terkemuka iaitu Brother Firdaus Wong Wai Hung, seorang pendakwah terkemuka negara. Kehadiran dianggarkan seramai 300 orang melibatkan staf IKM Beseri, MRSM Beseri, MRSM Arau, GiatMARA Perlis, AADK Perlis, APM Perlis, Agensi-Agensi Kerajaan dan siswa-siswa.
