Sejarah Penubuhan

Institut Kemahiran MARA, BESERI Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 45 ekar dan terletak 15km dari bandar Kangar. Pengambilan pertama pelatih seramai 77 orang telah dibuat pada sesi Julai-Disember 1993, melibatkan pelatih daripada jurusan Elektronik, Elektrik, Marin, Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Kimpalan & Fabrikasi. Bermula tahun 2001, 2 kursus lagi dijalankan iaitu kursus Mekatronik dan Automobil. Kursus yang ditawarkan di sini ialah pada tahap sijil teknologi. Mulai sesi Julai 2006, 5 kursus telah dinaiktaraf kepada sijil kejuruteraan (setara dengan politeknik) dan 4 kursus lagi masih dikekalkan kepada sijil teknologi. Senarai sijil yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumen)
  • Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Kejuruteraan Mekatronik Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri)
  • Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Kejuruteraan Automobil
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi
  • Teknologi Kejuruteraan Marin

Sehingga kini IKM Beseri mempunyai sebuah bangunan intergrasi yang merangkumi blok pentadbiran dan dewan theatherade, tiga belas blok bengkel teknikal, tiga buah blok asrama (lelaki dan wanita), sebuah dewan serbaguna, surau, dewan makan, perpustakaan dan beberapa gelanggang sukan.