course-details.jpg

PROGRAMME LEARNING OUTCOMES – PLO

Pada akhir program (Sijil Teknologi Kejuruteraan), graduan seharusnya berupaya:

 

PLO 1 :    Pengetahuan.

Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan kepada prosedur dan amalan rutin dalam bidang Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim.

 

PLO 2 –   Kemahiran Praktikal.

Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan kejuruteraan yang sesuai kepada aktiviti Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim yang ditakrif dengan jelas.

 

PLO 3 :    Kemahiran Dan Tanggungjawab Sosial.

Menunjukkan kesedaran terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan.

 

PLO 4 :    Nilai, Sikap Dan Profesionalisma.

Menunjukkan pemahaman tentang etika dan tanggungjawab amalan kejuruteraan.

 

PLO 5 :    Kemahiran Komunikasi.

Berkomunikasi secara bertulis dan lisan.

 

PLO 6 :    Kemahiran Kepimpinan Dan Berpasukan.

Menunjukkan kualiti kepimpinan serta mampu bekerja samada secara individu dan/atau berkumpulan.

 

PLO 7 :    Kemahiran Penyelesaian Masalah Dan Saintifik.

Mengenalpasti dan menyelesai masalah Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim dan berkaitan.

 

PLO 8 :    Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Mengiktiraf keperluan dan mampu melibatkan diri dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

 

PLO 9 :    Kemahiran Mengurus Dan Keusahawanan.

Memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

 

 

Connect with us

Institut Kemahiran MARA Beseri, KM 14, Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.

  • dummy+6 04-9384021 / 022

  • dummy+ 6 04-9384023 - Fax

  • dummy sysadmin@ikmbeseri.edu.my

Newsletter

Masukkan Email Anda untuk dihantar maklumat terkini

Search