Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin (SMM)

Nama Program : Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin| Certificate in Marin Engineering Technology
Kod Program : 
A 21

Mod Pengajian : Sepenuh Masa

Tempoh Pengajian : 2 tahun ( 4 semester )

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang - kurangnya
    1. Satu (1) Kepujian dalam mana - mana matapelajaran
    2. Lulus Matematik / Matematik Tambahan
    3. @ Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara dan Lulus SPM termasuk lulus Matematik.
  • LELAKI SAHAJA


Sinopsis Program

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih enjin jentera marin. Antara skop latihan adalah merombak rawat enjin petrol dan diesel, membaiki sistem transmission, elektrik & elektronik serta sistem penyejuk bekuan dan penyaman udara selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian.

Peluang Pekerjaan

1. Mekanik industri kejuruteraan marin, Mekanik enjin diesel, dandang dan turbin, Juruteknik Yacht/Dockyard, Jurugegas, Juruteknik dalam sektor awam dan swasta, Usahawan
2. Melanjutkan pelajaran ke KKTM / IPT

*Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (KKTM Masjid Tanah)

* Diploma Kejuruteraan Automotif (UniKL)