Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif Elektronik (SAE)

Nama Program : Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif Elektronik| Certificate in Electronic Automotive Engineering Technology
Kod Program : 
A 21

Mod Pengajian : Sepenuh Masa

Tempoh Pengajian : 2 tahun ( 4 semester )

Syarat Kemasukan

  • Lulus SPM atau setara dengan sekurang - kurangnya
    1. Satu (1) Kepujian dalam mana - mana matapelajaran
    2. Lulus Matematik / Matematik Tambahan
    3. Lulus sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 yang diiktiraf atau setara dan Lulus SPM termasuk lulus Matematik.
  • LELAKI SAHAJA


Sinopsis Program

Program ini menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali yang merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih sistem elektrik dan elektronik dalam kenderaan penumpang. Antara skop latihan adalah mengawal selia dan membaik pulih sistem elektronik dalam enjin petrol dan diesel, sistem transmission, suspension, steering, brake dan fuel injection pump selain kerja-kerja bengkel seperti mengikir, mencanai, memotong, mematri, membenang dan mengimpal. Pelajar turut akan didedahkan dengan unsur-unsur keusahawanan dan digalakkan untuk menjadi usahawan teknikal setelah tamat pengajian

Peluang Pekerjaan

1. Mekanik.
2. Juruteknik.
3. Melanjutkan pelajaran ke KKTM / IPT

*Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif (KKTM Masjid Tanah)

* Diploma Kejuruteraan Automotif (UniKL)