Permohonan Kemasukan

PERMOHONAN PENGAMBILAN KKTM/IKM SESI JANUARI - JUN & JULAI - DIS . Sila layari

apponline.mara.gov.my/upimonline untuk permohonan dan keterangan lanjut.

Dan permohonan melalui UPU boleh layari http://upu.mohe.gov.my/

Atau boleh download borang kemasukan DISINI , dan menghantar terus ke alamat

Institut Kemahhiran MARA,

KM 14, Jalan Kaki Bukit,

02400 Beseri Perlis.

Syarat AM

 Syarat AM

•Calon mestilah Warganegara Malaysia

•Calon mestilah bertaraf Bumiputera

•Calon mestilah berumur antara 17 hingga 40 tahun

•Calon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ATAU Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV)

•Berbadan sihat dan tidak cacat anggota

Syarat Kursus

 Program Yang DItawarkan  Syarat Kemasukan 
  
Sijil Teknologi Kejuruteraan Automotif (Elektronik)

 Lulus SPM atau setara dengan :

 1. Satu(1) kepujian dalam mana-mana subjek lain.

 2. Lulus Matematik

Sijil Teknologi Kejuruteraan Marin
Sijil Teknologi Kejuruteraan Penyamanan Udara dan Penyejukan
Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik(Telekomunikasi)
  
Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)

Lulus SPM atau setara dengan 

1) Satu (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran 

2) Lulus Matematik / Matematik Tambahan 

3. Lulus sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/ Pengajian Kejuruteraan Elekrtrik & Elektronik/Pendawaian Domestik/Menservice Peralatan Elektrik Domestik/Prinsip Elektrik&Elektronik/Aplikasi Elektrik & Elektonik/Pemasangan Kawalan eletrik/Lukisan Geometri & Elektik.

  
Diploma Teknologi Automotif

Lulus SPM dengan 2 kepujian dalam mata pelajaran berikut:

1) Mana-mana Satu (1) mata pelajaran Matematik/Kumpulan Sains/Kumpulan Vokasional & Teknologi / Kumpulan Mata Pelajaran  Vokasional(MPV)/ Kumpulan Mata Pelajaran Aliran  Vokasional(MPAV)

2) Mana-mana satu(1) mata pelajaran lain.

  
Diploma Kompetensi Kimpalan Lulus SPM dengan 2 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.
  
Diploma Kompetensi Elektrik ( Pendawaian-PW4) Lulus Sijil Profesional GIATMARA /Sijil ILKA dengan perakuan kekompetenan PW2